Kahoot Mathematik dan simpulan Bahasa
2 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Ekonomi Digital Telok Rimba telah mengadakan kuiz matematik dan Bahasa Melayu, simpulan Bahasa bersama ahli Pusat Ekonomi Digital Telok Rimba. Kuiz ini adalah bertujuan sebagai latihan kepada peserta yang sedang menghadapi ujian di sekolah. Staff Pusat Internt telah mengguankan sumber dari subjek matematik dan Bahasa melayu untuk dijadikan soalan Kahoot. quiz pertama yang diberi adalah matematik yang akan memfokuskan kepada tambah,tolak dan darab. Seterusnya, soalan mengenai peribahasa melayu akan diberikan. Peserta perlu menjawab kedua-dua quiz dalam masa yang diberikan.
Melalui aktiviti ini, peserta dapat mengasah fikiran mereka selain mereka dapat menambah ilmu. Aktiviti ini juga menggunakan kahoot iaitu kuiz diatas talian yang lebih menyeronokkan dan lebih mnerik untuk kanak-kanak gunakan. Peserta juga dapat membuat ulangkaji pelajaran sempena ujian yang akan berlangsung nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: